Ayat 30 al-Baqarah yang menyebut Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di dunia menunjukkan pengertian hidup kita adalah berorientasikan kekhalifahan. Ertinya selama kita hidup di bumi watak dan keperibadian kita adalah sebagai khalifah di bumi.
Apabila ayat 56 az-Zariyat menyebut Tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku menunjukkan tujuan hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah.
Inilah realitinya yang harus kita sedari selama berada di bumi.
Justeru inilah jawapan kepada persoalan Siapakah aku. Jika hendak dikodkan maka kodnya ialah bahawa kita adalah hamba Allah dan kita adalah khalifah.
No comments:
Post a Comment