T/jawab Manusia

 Al-Quran menjelaskan bahawa di bumi manusia mempunyai dua kedudukan yang saling melengkapi: sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi.

Ayat 56 az-Zariyat membawa maksud manusia adalah sebagai hamba Allah, manakala ayat 30 al-Baqarah memberi maksud manusia adalah khalifah di bumi.

1. Manusia sebagai khalifah.

Sebagai khalifah peranan dan tanggungjawabnya digariskan oleh ayat-ayat yang menyebut khalifah, atau yang membawa maksud khalifah:

  1. ayat 165 al- Anam, menghendaki manusia hidup saling membantu satu sama lain. Saling membantunya bermula dengan menggunakan jasmani iaitu mata, kaki, tangan dll, dan rohani iaitu akal seperti kecerdikan, kasih sayang, emosi dll. Hal ini disebut oleh ayat 69 al-Araf.
  2. ayat 74 al-Araf, di hujung ayat ini menyebut 'Janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi, membayangkan tanggungjawab manusia menjaga alam ini, iaitu tempat tinggal manusia dan sekalian makhluk. 
  3. Kemudian Allah menyimpulkan bahawa peranan dan tanggungjawab khalifah ialah sebagai wakil Allah mengurus dan memakmurkan bumi.
Jadi apabila Allah menyebut Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi (al-Baqarah, 30) itu menegaskan bahawa manusia diberikan amanah yang besar:

· Menjadi pengurus bumi dan sekalian makhluk di dalamnya

· Menjalankan kehidupan yang selaras dengan kehendak Allah,

· Memikul tanggungjawab moral, sosial, dan ekologikal.

· Menjalani kehidupan yang saling bantu membantu antara satu sama lain.

Pendek kata menjadi khalifah bukan simbol pangkat atau kedudukan, tetapi tugas yang memerlukan kesedaran dan penghayatan penuh terhadap ajaran Allah.

Perinciannya, tanggungjawab khalifah:

  1. Amanah terhadap alam,
  2. Tanggungjawab sosial dan moral.

2. Manusia Sebagai Hamba Allah

Walau bagaimanapun, sebagai khalifah kedudukannya adalah tertambat  kepada ayat 56 az-Zariyat, iaitu sebagai hamba Allah. Allah berfirman:

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (az-Zariyat, 56)

Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan asas penciptaan manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah. Dengan kata lain, kekhalifahan manusia di bumi tidak berdiri bebas; tetapi tertakluk kepada idea pengabdian kepada Tuhan.

Jadi, apabila manusia memahami dirinya sebagai hamba Allah, maka manusia harus sedar bahawa dia sedang melaksanakan amanah daripada Pencipta-nya.

  1. Amanahnya menyangkut juga kepada maksud ayat 72 al-Ahzab,
  2. Amanah hidup saling kerjasama yang tersebut di atas.
Perinciannya ada dalam buku Islam Yang Hakiki, Jalan Ahlus Sunnah wal-Jamaah.

No comments:

Post a Comment

Islam bukan sekadar sistem hukum atau rangka ibadah. Ia adalah agama wahyu , yang membawa panduan lengkap untuk kehidupan manusia , sama ada...