Setiap manusia yang lahir ke dunia ini bukan sekadar untuk hidup mandiri, makan minum, berhibur dan berkeliaran di bumi. Allah telah menempatkan manusia di bumi sebagai khalifah: pemegang amanah untuk menjaga keseimbangan kehidupan dan memakmurkan bumi mengikut petunjuk-Nya.
Jadi, untuk memahami kedudukan manusia dalam Islam, kita perlu kembali kepada penjelasan wahyu tentang siapakah manusia dan apakah peranannya di bumi. Jika tidak ditakuti kita akan mengenali manusia melalui rujukan dari sumber lain yang bukan wahyu.
Al-Quran menjelaskan bahawa manusia mempunyai dua kedudukan yang saling melengkapi: sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi.
No comments:
Post a Comment